SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB METRO DRIVING LRT KELANA JAYA

Terima kasih atas kesudian anda untuk mengunjung ke laman web kami. Metro Driving Cawangan LRT Kelana Jaya menyediakan perkhidmatan lesen belajar memandu mengikut piawaian JPJ. Anda boleh melayari laman web kami lebih mendalam untuk mengetahui pakej yang kami tawarkan.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, anda dialu-alukan untuk datang ke cawangan kami yang terletak di 2nd floor, LRT Kelana Jaya atau boleh menghubungi saya, En. Hadari (014-3565892)

Sunday 5 June 2011

Perbaharui Lesen Memandu Online

Orang ramai kini boleh memperbaharui lesen memandu mereka secara online di Internet tanpa perlu ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat Pos.Perkhidmatan itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan elektronik, MyEG.Services Berhad, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan semakan status saman trafik untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebanyak 16 kios telah disediakan bagi tujuan tersebut dengan sebahagian besarnya terdapat di bangunan kedai di sekitar Lembah Klang. Caj sebanyak RM2 dikenakan dan orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan sistem tersebut. Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan lain antaranya kemudahan makluman tamat tempoh lesen secara percuma dan membayar saman JPJ melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sebagai permulaan, kaedah bayaran yang digunakan adalah menerusi kad kredit. Tidak lama lagi, kita akan mula gunakan kaedah e-debit bagi memudahkan sistem ini digunakan.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini sila layari laman web www.myeg. com.my dan slip permohonan memperbaharui lesen akan dihantar terus ke alamat rumah atau pejabat mereka.

No comments:

Post a Comment

Perkara:
Nama:
Kelas Lesen: Kereta (D)
Motosikal(B)
Motosikal (B2)
Lori (E)
GDL (D)- Motokar Ringan
GDL (E)- Motokar Berat
GDL (E)- Bersendi
PSV (D/E/TEKSI/KONDUKTOR)
No.IC/Passport :
Alamat:
Email:
No.Telefon:
Sebarang mesej:

Click here to create your own form.